Cari @ Amanz

Oppo Malaysia hari ini secara rasminya melancarkan dua telefon pintar baru mereka dibawah keluarga Oppo R7 untuk pasaran Malaysia, iaitu masing-masing Oppo R7 Lite dan juga Oppo R7 Plus. Kedua-duanya dijana menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 615 lapan-teras, dan hadir dengan Android 5.1 Lollipop.

Oppo R7 Plus merupakan phablet daripada Oppo, membawakan skrin bersaiz 6-inci dengan paparan HD penuh. Ia menggunakan skrin berasaskan AMOLED untuk paparan gambar yang terang, selain memori 3GB RAM membolehkan pengguna menjalankan pelbagai aplikasi dengan lancar – mahupun membuat multi-tasking. Untuk ruangan storan, Oppo R7 Plus menyertakan ruangan sebesar 32GB, selain boleh diperluaskan sehingga 128GB menggunakan mikro-SD.

Oppo R7 Plus

Oppo R7 Lite pula merupakan telefon berspesifikasi rendah daripada keluarga peranti yang sama. Ia menggunakan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan HD, memori 2GB RAM, serta ruangan storan 16GB.

Kedua-dua telefon pintar hadir dengan sokongan dwi-SIM, dimana untuk Oppo R7 Plus kedua-duanya adalah kad-SIM bersaiz nano, manakala untuk Oppo R7 Lite pula ia menggunakan gabungan kad-SIM mikro dan juga nano.

Oppo R7 Plus dan Oppo R7 Lite turut hadir dengan kamera belakang 13-megapixel, serta kamera hadapan 8-megapixel. Oppo R7 Plus sebagai peranti utama mereka, turut menyertakan beberapa ciri-ciri tambahan termasuk sokongan rakaman Laser-Autofokus, selain turut menyertakan Phase Detection Auto-Focus untuk membolehkan rakaman gambar dengan pantas.

Oppo R7 Lite

Oppo R7 Plus turut hadir dengan ciri-ciri tambahan, termasuk bateri berkapasiti 4100mAh dan dilengkapi sokongan pengecasan pantas VOOC. Sementara Oppo R7 Lite hanya hadir dengan bateri berkapasiti 2320mAh. Oppo R7 Plus juga turut menyertakan pengimbas cap jari pada bahagian belakang, dan ditawarkan dalam warna emas sahaja di Malaysia untuk permulaan.ph

Oppo R7 Plus dijual pada harga RM1998 di Malaysia, sementara Oppo R7 Lite pula berharga RM1298. Kedua-duanya akan boleh di-pra-tempah bermula 11 Julai 2015.

Oppo R7 Malaysia

Oppo R7 Malaysia

Oppo R7 Malaysia

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd