Kelantan, Pahang Dan Terengganu Akan Menerima Siaran Televisyen Digital Bermula Januari 2016

Kelantan, Pahang Dan Terengganu Akan Menerima Siaran Televisyen Digital Bermula Januari 2016

Diterbitkan pada July 8, 2015 oleh .

Siaran Televisyen Digital merupakan salah satu perkara yang dinantikan ramai rakyat Malaysia. Ia dikendalikan oleh MYTV Broadcasting, dimana mereka bertanggungjawab untuk membangun dan menguruskan infrastruktur untuk memancarkan siaran berkenaan ke seluruh negara.

MYTV Broadcasting

Buat masa ini, ia masih dikategorikan sebagai siaran ujian, dan mereka menyasarkan untuk memulakan siaran di Pantai Timur meliputi Kelantan, Pahang dan Terengganu bermula awal Januari 2016 kelak.

Untuk fasa ujian ini, mereka telah memulakan pemasangan set dekoder di beberapa kediaman terpilih sejak 17 Mei yang lepas.

Sebanyak dua juta set dekoder akan diberikan percuma kepada isi rumah yang terpilih, dan sebahagian daripadanya akan terpilih untuk fasa ujian ini. MYTV juga akan memperluaskan siaran ujian ini ke Sabah, Sarawak, serta Utara dan Selatan Semenanjung Malaysia menjelang penghujung tahun ini.

Bercakap mengenai penawaran siaran ujian, hanya saluran seperti TV1, TV2, TV3, NTV7, TB8, TV9 dan AlHijrah sahaja yang ditawarkan, tetapi pada awal tahun hadapan, sebanyak 30 saluran percuma disasarkan untuk disediakan melalui siaran DDT ini.

Siaran Televisyen Digital ini dijangka akan dilaksanakan sepenuhnya di seluruh negara pada penghujung tahun 2016.

Malaysia DTTV


TIPS & ULASAN