Carian
OnePlus 2 Akan Hadir Dengan Memori 4GB LPDDR4 RAM
July 8, 2015 Aman

OnePlus semestinya tahu bagaimana untuk melakukan teaser bagi membuatkan peminat mereka ternanti-nanti untuk peranti mereka. Sejak beberapa minggu lepas, OnePlus telah berkongsi mengenai beberapa perkara yang akan dibawakan oleh telefon pintar mereka, dan kini mereka mengumumkan OnePlus 2 akan menyertakan memori 4GB LPDDR4 RAM.

OnePlus 2 4GB RAM

Seperti biasa, dengan memori yang lebih banyak, pengguna boleh melakukan multi-tasking dengan lebih lancar, selain menjalankan lebih banyak aplikasi pada latar.

OnePlus sendiri mengatakan ia akan menawarkan masa menjalankan aplikasi lebih pantas, permainan yang lebih lancar, selain penawaran penjimatan tenaga menggunakannya.

OnePlus juga secara tidak-langsung memberitahu yang mana OnePlus 2 akan menyertakan sokongan rakaman video gerak-perlahan, serta hadir dengan fungsi face-recognition.

OnePlus 2 bakal diumumkan pada 27 Julai ini, dimana selain daripada memori 4GB RAM, ia juga akan hadir dengan cip Snapdragon 810 64bit, sokongan pengimbas cap jari, serta port pengecasan berasaskan USB Type-C.

Komen