Avira merupakan salah satu syarikat dan jenama yang popular dikalangan pengguna antivirus ataupun perisian sekuriti pada komputer. Kini, Avira dilihat turut melangkah setapak kehadapan dan membangunkan pelayar web mereka tersendiri.
Hari demi hari, boleh dikatakan serangan dan ancaman sekuriti ketika melayari web semakin meningkat. Avira sedia menawarkan pemalam mereka untuk pelayar web lain, tetapi menurut mereka, dengan menawarkan pelayar web yang dibangunkan sendiri, Avira mampu menawarkan sokongan sekuriti yang lebih baik.
Pelayar web Avira ini dibangunkan berasaskan kepada Chromium – kod sumber sebalik Chrome dan juga Opera. Mereka mengatakan pelayar web ini memfokuskan kepada mereka yang mementingkan sekuriti, dan mungkin menawarkan penyulitan menyeluruh, selain mengelak pengguna melayari web-web berbahaya serta terdedah kepada ancaman malware.
Pelayar web Avira ini ditawarkan dalam bentuk beta tertutup, dimana jika anda berminat, anda perlu mendaftar dan menantikan pautan muat-turun sebelum dapat mencubanya.
- Muat-Turun Pelayar Web Avira Beta