Facebook Menguji Video Yang Diapungkan Ke Tepi – Memudahkan Anda Melayari Facebook Dan Menonton Video

Facebook Menguji Video Yang Diapungkan Ke Tepi – Memudahkan Anda Melayari Facebook Dan Menonton Video

Diterbitkan pada July 8, 2015 oleh .

Jika anda menggunakan aplikasi YouTube pada peranti mudah-alih, mungkin anda perasan akan yang mana video akan diapungkan ke bahagian tepi aplikasi apabila anda mula menatal sesuatu halaman kebawah, sekaligus memudahkan anda menonton video dan pada masa yang sama membaca komen, melihat video berkaitan mahupun membuat carian di YouTube. Kini, Facebook dilihat sedang menguji konsep yang lebih kurang sama pada laman sosial terkemuka mereka tersebut.

Fungsi ini sedang diuji oleh Facebook dan hanya segelintir kecil pengguna sahaja yang dapat melihatnya buat masa ini.

Facebook Video Terapung

Melalui fungsi ini, Facebook menambah sebuah butang khas pada pemain video Facebook, dan apabila ia ditekan, video berkenaan diapungkan ke bahagian tepi. Pengguna boleh mengubah lokasi video berkenaan dengan drag ia ke sebarang lokasi lain pada pelayar web mereka, dan ia akan terus dimainkan. Pengguna seterusnya boleh menatal terus laman sosial berkenaan dan melihat perkongsian lain sementara pada masa yang sama menonton video berkenaan.

Bagi kami, ini mungkin salah satu fungsi yang menarik di Facebook yang mungkin dinantikan ramai. Pemain video pada hari ini – yang terutamanya memainkan video secara overlay boleh dikatakan tidak begitu menarik, dan mungkin ini dapat mengatasinya.


TIPS & ULASAN