Jolla Membahagikan Syarikat Kepada Dua – Memfokuskan Perisian Dan Juga Peranti

Jolla Membahagikan Syarikat Kepada Dua – Memfokuskan Perisian Dan Juga Peranti

Diterbitkan pada July 8, 2015 oleh .

Jolla merupakan salah satu pengeluar peranti daripada Finland, dimana mereka telah hadir dengan telefon pintar dan juga tablet berasaskan sistem operasi yang dibangunkan mereka sendiri dinamakan Sailfish OS. Terkini, ia dilihat pihak Jolla akan membahagikan syarikat kepada dua bahagian, dan salah satu daripadanya akan memfokuskan kepada bahagian perisian.

Jolla Sailsifh OS

Ia dilihat mungkin mereka akan melesenkan sistem operasi berkenaan kepada pengeluar peranti lain, sekaligus memperluaskan penggunaan sistem operasi tersebut. Sebelum ini, Yotaphone telah dikatakan mungkin menggunakan sistem operasi Sailfish OS pada peranti mereka.

Sebahagian lagi daripada syarikat baru daripada pembahagian ini akan memfokuskan kepada pembangunan peranti. Syarikat ini pula dilihat mungkin akan turut hadir dengan beberapa peranti pintar lain, termasuk melihat kepada beberapa arena baru di pasaran, serta tidak hanya tertakluk kepada penggunaan sistem operasi Sailfish OS sahaja.

Buat masa ini, peranti Jolla masih tidak ditawarkan secara rasmi di Malaysia, dan ia lebih memfokuskan kepada pengguna di Eropah sahaja.


TIPS & ULASAN