Logitech Memperkenalkan Penggunaan Label Baru Untuk Produk Mereka, Dipanggil Logi

Logitech Memperkenalkan Penggunaan Label Baru Untuk Produk Mereka, Dipanggil Logi

Diterbitkan pada July 8, 2015 oleh .

Logitech merupakan salah satu jenama yang sedia terkenal dalam arena aksesori komputer, selain kini turut menawarkan aksesori untuk peranti mudah-alih. Hari ini, mereka mengumumkan proses pembaharuan dan transformasi dalam syarikat mereka, dimana Logitech kini akan menggunakan label baru pada produk mereka, dipanggil sebagai Logi.

Logi

Bersama-sama penggunaan label Logi ini, mereka juga turut menggunakan warna-warni yang lebih ceria, dan mengatakan mereka akan lebih memfokuskan kepada rekaan serta menawarkan pengalaman penggunaan baik untuk kehidupan harian pengguna.

Logitech turut mengatakan produk dengan jenama Logi ini akan hadir dalam masa terdekat, dimana mereka turut akan hadir dengan beberapa produk dibawah kategori baru melaluinya kelak.


TIPS & ULASAN