Tidal Memperkenalkan Pelan Langganan Keluarga – Menawarkan Diskaun Sehingga 50% Untuk Akaun Tambahan

Tidal Memperkenalkan Pelan Langganan Keluarga – Menawarkan Diskaun Sehingga 50% Untuk Akaun Tambahan

Diterbitkan pada July 8, 2015 oleh .

Terdapat beberapa perkhidmatan penstriman muzik di pasaran hari ini, dan salah satunya adalah Tidal. Perkhidmatan tersebut tealh memasuki pasaran Malaysia pada awal tahun ini, dimana salah satu kelebihan yang dibawakan oleh Tidal adalah penawaran lagu pada kualiti yang tinggi – HiFi (lossless).

Tidal Family

Melalui penawaran pihak Tidal, pengguna boleh menambah akaun keluarga antara dua orang sehingga 4 orang tambahan. Harga tawaran juga berbeza, dimana untuk Tidal Premium (audio pada kualiti biasa) harga untuk dua orang adalah RM14.98, dan ia bertambah sehingga RM29.95 untuk lima akaun (1+4).

Bagi penawaran Tidal HIFI pula (audio pada kualiti tinggi lossless), ia ditawarkan pada harga RM29.98 untuk dua orang (1+1) sehingga RM59.95 untuk lima akaun (1+4).

Tidal mengatakan mereka mempunyai akses kepada lebih 30 juta lagu, selain 75,000 muzik video.

Apa pun, boleh dikatakan harga tawaran untuk pelan keluarga Tidal ini masih agak mahal jikalau dibandingkan dengan penyedia perkhidmatan lain seperti Spotify mahupun Apple Music.

Layari : Tidal


TIPS & ULASAN