Cari @ Amanz

Terdapat ratusan cangkerang untuk peranti anda di pasaran. Ada yang mampu menyerap gelombang radio terbuang untuk mengecas peranti anda seperti Nikola Lab. Terdapat juga yang secara aktif menyejukkan peranti bagi memanjangkan hayat betari seperti Optimal. Kepada yang mahukan gaya wujud juga cangkerang baju zirah Iron Man. Kepada yang meminati kartun klasik Disney kini wujud juga cangkerang untuk anda.

Manneko i Case ialah cangkerang dengan wajah watak klasik Disney untuk iPhone 6. Wajah Mickey, Minnie, Donald dan Daisy ini boleh menjadi “topeng” untuk merubah wajah anda. Hanya letakkan peranti di hadapan muka anda dan anda berubah menjadi watak kartun kegemaran ini. Cangkerang Disney ini dijual pada harga $18 sebuah. Kami lebih menggemari Goofy. Malang sekali cangkerang untuk watak anjing kelakar ini tidak pula dihasilkan.

Manneko-I-case-2

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd