Penyebaran Berita Palsu Berkenaan 1MDB Menerusi Media Sosial Akan Dikenakan Tindakan Oleh SKMM

Penyebaran Berita Palsu Berkenaan 1MDB Menerusi Media Sosial Akan Dikenakan Tindakan Oleh SKMM

Diterbitkan pada July 9, 2015 oleh .

Berita melibatkan 1MDB adalah berita yang paling hangat diperkatakan oleh penduduk Malaysia sekarang. Pelbagai pautan, gambar dan juga teori peribadi boleh dilihat dikongsi oleh orang ramai menerusi laman media sosial. Terkini pejabat 1MDB telah diserbu pihak Polis Diraja Malaysia semalam pelbagai dokumen serta komputer disita bagi membantu siasatan. Beberapa minit selepas serbuan dilakukan pelbagai berita yang tidak dibuktikan kesahihannya mula muncul di laman sosial.

Menyedari hakikat ini, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengeluarkan kenyataan hari ini bahawa sebarang penyebaran berita palsu berkenaan 1MDB akan dikenakan tindakan. Penyebaran dalam bentuk gambar yang diubahsuai, pautan laman web, spekulasi dan berita tidak sahih menerusi media sosial (termasuk WhatsApp) diminta supaya dihentikan secara serta merta. Kegagalan mematuhi arahan ini boleh menyebabkan anda didakwa di bawah Seksyen 211 atau 213 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Jika disabit kesalahan anda boleh dipenjara selama setahun ataupun didenda sehingga RM50 000.

Jadi kepada pembaca Amanz diminta supaya berhati-hati sebelum berkongsi sebarang berita ataupun maklumat berkenaan 1MDB kerana ianya kini di bawah pengawasan SKMM.

SKMM 1MDB


TIPS & ULASAN