Cari @ Amanz

iOS 9 Kini Menyimpan Gambar Selfie Dan Screenshot Di Dalam Folder Tersendiri

Link Copied!

Kemaskini iOS 9 akan dilakukan pada musim luruh tahun ini dan Apple melakukan pelbagai penambahbaikan berbanding versi sistem operasi sebelum ini. Dengan versi Beta terkini beberapa lagi fungsi baru diperlihatkan. Kesemua gambar yang diambil menggunakan kamera hadapan akan dimasukkan ke dalam folder khas selfie apabila dilihat menggunakan apilkasi Photos. Kesemua gambar screenshot pula dikumpulkan di dalam folder khas screenshot

Sebelum ini kesemua gambar yang diambil termasuk screenshot dilambakkan kesemuanya di dalam aplikasi Photos. Dengan adanya dua folder khas ini, proses mencari dan menyusun gambar akan menjadi lebih mesra pengguna. Ia juga menjadikan iOS 9 kelak hampir setanding dengan sistem folder yang digunakan pada sistem operasi Android.

Photo Album ios9

 


Komen ()