Carian
LG
LG G4 Beat Diperkenalkan – Telefon Berspesifikasi Pertengahan Dengan Beberapa Ciri-Ciri LG G4
July 9, 2015 Aman

LG G4 telah mula dijual di Malaysia sejak minggu lepas, dan kini syarikat pengeluar peranti dari Korea Selatan berkenaan telah memperkenalkan satu lagi telefon pintar terbaru untuk pasaran global, dinamakan sebagai LG G4 Beat.

LG G4 Beat

LG G4 Beat merupakan telefon berspesifikasi pertengahan, boleh dikatakan sebagai LG G4 Mini. Ia membawakan beberapa ciri-ciri seumpama LG G4, tetapi dengan spesifikasi pertengahan, dan harga yang lebih rendah.

LG G4 Beat hadir dengan skrin bersaiz 5.2-inci serta paparan HD penuh, dan dijana menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 615. Telefon pintar ini turut dilengkapi dengan rekaan yang lebih kurang sama seperti LG G4, serta membawakan memori 1.5GB RAM dan ruangan storan terbina 8GB.

Tiada butang fizikal diletakkan pada bahagian hadapan atau tepi, sebaliknya semua diletakkan pada bahagian belakang, dibawah kamera 8-megapixel. Fungsi Laser-Autofokus turut disertakan pada telefon pintar ini. Untuk rakaman gambar selfie, LG menyertakan kamera hadapan 5-megapixel.

Telefon pintar ini turut hadir dengan Android 5.1 Lollipop, serta antaramuka khusus LG dinamakan LG UX. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi berkenaan bilakah telefon LG G4 Beat ini akan hadir ke pasaran tempatan.

LG G4 Beat

Komen