Pura – Mangkuk Minuman Air Pintar Untuk Kucing Peliharaan

Pura – Mangkuk Minuman Air Pintar Untuk Kucing Peliharaan

Diterbitkan pada July 9, 2015 oleh .

Tidak seperti ibu bapa kita, pemilik kucing zaman sekarang menjaga haiwan peliharaan mereka dengan lebih serius. Kucing dimandulkan bagi memastikan ia tidak membuat bising ketika musim mengawan, pemvaksinan berkala dilakukan dan ramai menyimpan “anak” mereka di hotel haiwan apabila pula ke kampung. Soal pemakanan juga dijaga dengan jumlah makanan yang direka khas untuk kucing mula membanjiri pasaran. Perbezaan pemilik kucing 10 tahun yang lalu dengan sekarang sangat ketara kerana pemilik mempunyai kesedaran yang lebih tinggi.

pura-smart-water-fountain-cats-drinking

Jika anda mahu memanjakan lagi kucing anda kini wujud Pura. Ia adalah mangkuk minuman air pintar yang mengawasi jumlah air yang diminum oleh kucing anda. Air tidak dibiarkan bertakung dan mengumpul debu seperti mangkuk air biasa sekaligus memastikan kebersihannya. Apabila ia mengesan kucing menghampirinya, air akan disalurkan ke dalam bekas khas yang memudahkannya minum secara automatik. Air yang diletakkan di dalam pura juga ditapis terlebih dahulu bagi memastikan ia adalah yang terbaik. Dengan aplikasi pintar (Android & iOS) anda boleh melihat sendiri jumlah air yang diminum oleh kucing setiap hari. Jumlah air yang mencukupi dapat memastikan kucing anda tidak akan mengalami masalah ginjal apabila usia semakin meningkat.

Pura boleh dimiliki pada harga $129 sebuah. Jika anda seperti kami yang melayan kucing seperti anak sendiri, hanya yang terbaik akan diberikan kepada mereka. Harga selalunya bukan persoalan kerana kesihatan jangka panjang adalah jauh lebih penting.

ixsoq4lcwdvsqlf98atj


TIPS & ULASAN