Cari @ Amanz

Pada tahun ini terdapat pelbagai acara dan inisiatif keusahawanan yang telah diwujudkan. Bermula tahun lepas dengan MaGIC yang telah menjadi pusat sehenti untuk usahawan teknopreneur bidang teknologi dan inovasi, pelbagai acara telah dilakukan. Pada hari ini, inisiatif Bahtera dilancarkan yang menekankan pembangunan usahawan melalui penggunaan teknologi serta model bisnes baru serta mengumpulkan pelbagai komuniti dan agensi berkaitan pada satu acara yang sama/

11018786_858467940885030_6970574441326575945_nMelalui inisiatif dibawah kelolaan New Entrepreneurs Foundation ini, fokus diberikan bagi menarik minat sektor umum dan juga swasta dalam bekerjasama dengan usahawan Bumiputera. Melalui acara selama dua hari, pengunjung umum dan juga usahawan yang hadir boleh menghadiri seminar-seminar tertentu serta mendapatkan maklumat dari pelbagai agensi berkaitan dalam pembangunan usahawan. Sebanyak 42 seminar akan diadakan merangkumi bidang perniagaan atas talian, industri kreatif, pemasaran internet, perniagaan am, fesyen, asas tani, kandungan digital dan pelbagai lagi.

Selain dari seminar, terdapat juga aktiviti lain seperti aktiviti pitching dimana pihak swasta, agensi kerajaan serta pengendali program pengembangan startup (Accelerator) akan menerima pitch dari usahawan yang hadir, dan juga menyalurkan pitch tersebut kepada pihak yang relevan. Terdapat juga sesi individu bersama kaunselor bisnes bagi membantu usahawan dalam memberikan khidmat nasihat secara percuma dan acara ini disokong oleh agensi berkaitan seperti Cradle, MaGIC, MDeC, Teraju, Mavcap dan lain-lain sekaligus membawakan pelbagai agensi turut serta dalam satu acara yang sama.

Bahtera -IMG_1084

Satu lagi program yang akan digerakkan adalah Corporate Entrepreneurship Responsibility dimana Bahtera berharap akan dapat menarik minat syarikat swasta yang besar untuk turut serta dalam acara sebegini. Seperti contoh Maybank yang baru-baru ini mengadakan pertandingan idea berkaitan teknologi perbankan, Bahtera berharap syarikat swasta yang lain akan lebih aktif dalam bekerjasama dengan usahawan terutamanya startup tempatan.

Acara Bahtera ini akan diadakan selama dua hari pada 19 hingga 20 Ogos di KL Convention Centre dan pendaftaran adalah percuma. Bagi anda yang berminat, seharusnya melapangkan masa selama dua hari untuk acara yang memberi manfaat ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd