Air Hook – Memudahkan Penggunaan Peranti Anda Sendiri Di Dalam Pesawat

Air Hook – Memudahkan Penggunaan Peranti Anda Sendiri Di Dalam Pesawat

Diterbitkan pada July 9, 2015 oleh .

Sistem hiburan yang digunakan di dalam pesawat berbeza-beza mengikut syarikat penerbangan. Ada yang menggunakan skrin sesentuh dan ada juga yang menggunakan pengawal fizikal. Apa yang pasti kerap kali pilihan filem ataupun rancangan yang ditayangkan di dalam pesawat tidak berapa menarik. Banyak babak dipotong dan paling menjengkelkan ialah kesemuanya masih ditayangkan pada resolusi SD. Pada syarikat penerbangan tambang murah pula tiada langsung sistem hiburan diletakkan untuk penumpang.

Air-Hook-1

Apabila di dalam pesawat kami kerap melihat penumpang menonton video menggunakan peranti pintar milik peribadi. Skrin lebih cantik dan kualiti video HD dapat ditonton terus. Masalahnya ialah tiada tempat untuk meletakkan peranti di dalam pesawat. Anda harus memegang peranti sepanjang durasi filem yang ditonton. Air Hook ialah alat yang memudahkan anda menonton video menggunakan peranti di dalam pesawat. Ia diselitkan di antara kerusi dan meja makan. Peranti pintar dan tablet bersaiz 10″ boleh digunakan tanpa masalah. Ia membenarkan peranti diletakkan secara menegak ataupun mendatar. Kerana meja tidak boleh diturunkan semasa menggunakannya, Air Hook turut mempunyai pemegang cawan minuman terbina.

Ia boleh anda miliki pada harga $15 sebuah. Bagi individu yang kerap menaiki kapal terbang dan bosan dengan sistem hiburan dalam pesawat yang kurang memuaskan, Air Hook ialah aksesori yang harus anda miliki.

Air-Hook-2


TIPS & ULASAN