Cari @ Amanz

Bagi pengguna Android, terdapat pelbagai pilihan papan kekunci maya yang boleh digunakan pada peranti anda mengikut kesesuaian dan keselesaan bagi anda. Salah satu papan kekunci yang popular pada platform tersebut adalah Fleksy. Setelah sekian lama ditawarkan secara berbayar, hari ini, ia berubah apabila Fleksy kini mula ditawarkan secara percuma.

Flesky

Dengan penawaran percuma ini, mereka menyasarkan untuk menambah lebih banyak pengguna baru untuk aplikasi berkenaan, selain mula menjana pendapatan melalui jualan tema dan penambahan berbayar untuk papan kekunci berkenaan.

Melalui Fleksy, ia menawarkan kemudahan untuk menaip dengan paparan papan kekunci pada saiz lebih besar, selain beberapa sokongan pintas untuk memadam mahupun undo menaip sesuatu perkataan.

Bagi anda yang berminat, anda boleh memuat-turun Fleksy untuk Android secara percuma, dan menggunakannya untuk menjadikan proses menaip pada peranti anda lebih mudah dan pantas.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd