Carian
Ikon Friends Di Facebook Diubah Supaya Lebih Feminis
July 9, 2015 Effi Saharudin

Minggu lalu logo Facebook diubahsuai buat pertama kali dalam masa satu dekad. Perubahan yang dilakukan dengan mengubah muka taip yang lebih mesra skrin peranti mudah alih. Kini sebuah ikon yang digunakan Facebook sejak zaman berzaman diubah suai bagi menjadikannya lebih mesra wanita.

Ikon-Facebook-2

Ikon Friends yang dahulunya dianggap seksis diberi sentuhan lebih feminis. Sebelum ini ia memaparkan susuk tubuh wanita yang lebih kecil dan duduk di belakang susuk tubuh seorang lelaki. Pada ikon baru saiz susuk tubuh wanita dan lelaki kini adalah sama tetapi giliran lelaki pula duduk di belakang wanita. Perubahan ikon ini diharap dapat menunjukkan tahap wanita yang setanding dengan seorang lelaki di dunia moden.

Kami menyedari perubahan ikon ini hanya berlaku pada aplikasi telefon pintar. Pada laman web ikon lama masih lagi digunakan. Bagaimana pula dengan anda? Adakah ikon Friends anda sudah berubah menjadi lebih mesra wanita? Sama seperti perubahan logo yang kami laporkan, adakah anda tidak menyedari perubahan ini sehingga anda membaca artikel ini?

Komen