iFlix Menyertakan Sokongan Chromecast – Memudahkan Anda Menonton Rancangan Pada Skrin Televisyen

iFlix Menyertakan Sokongan Chromecast – Memudahkan Anda Menonton Rancangan Pada Skrin Televisyen

Diterbitkan pada July 9, 2015 oleh .

Chromecast merupakan salah peranti yang ditawarkan oleh Google, membolehkan anda menghubungkan ia ke televisyen menggunakan HDMI, dan seterusnya menonton kandungan video, gambar dan sebagainya dengan strim daripada telefon pintar, tablet mahupun komputer.

Sejumlah aplikasi memfokuskan media telah menyertakan sokongan Chromecast, dan kini, penyedia pakej penstriman video tempatan, iaitu iFlix turut menambah sokongan tersebut pada aplikasi mudah-alih mereka.

iFlix Chromecast

Menggunakannya, pengguna hanya perlu memilih video yang ingin dimainkan, dan pilih Chromecast untuk menayangkannya terus pada kaca televisyen. Ini sekaligus memudahkan anda memainkan filem mahupun drama kegemaran pada skrin televisyen.

iFlix telah ditawarkan di Malaysia sejak daripada bulan lepas, dimana ia ditawarkan pada harga langganan RM8 sebulan. Beberapa filem dan drama menarik ditawarkan, dan pihak iFlix sendiri menambah pelbagai kandungan baru dari semasa ke semasa hasil kerjasama dengan penerbit kandungan terkemuka.

Muat-Turun iFlix untuk iOS

Muat-Turun iFlix untuk Android


TIPS & ULASAN