Telekom Malaysia telah memperkenalkan aplikasi HyppMe pada tahun lepas, dan boleh dikatakan pemasaran untuknya tidak begitu meluas. Ketika ia diperkenalkan, ia menggunakan antaramuka yang boleh dikatakan agak ketinggalan untuk Android, dan kini, Telekom Malaysia memperbaikinya sedikit dengan pengenalan HyppMe 2.0 untuk Android.
Menggunakan HyppMe, pengguna seperti biasa boleh menghantar dan menerima mesej teks, selain turut boleh membuat panggilan suara antara rakan-rakan HyppMe lain. Pengguna juga turut boleh menambah kredit pada perkhidmatan ini, sekaligus membuat panggilan ke nombor talian tetap dan mudah-alih di Malaysia, mahupun untuk panggilan antarabangsa.
Melalui kemaskini HyppMe 2.0, pihak Telekom Malaysia membawakan sokongan aplikasi berkenaan untuk platform Android 5.0 Lollipop.
Selain daripada itu, pengguna juga boleh menggunakan fungsi baru yang disertakan bagi memudahkan panggilan telefon dikendalikan secara ofnet sekiranya rakan yang kita ingin hubungi itu tidak menggunakan HyppMe pada sesuatu masa.
Melalui aplikasi HyppMe 2.0 juga, pihak Telekom Malaysia menambah dua fungsi tambahan yang masih belum diaktifkan, dimana ia dinamakan sebagai Virtual Number dan juga Location Base.
Buat masa ini, HyppMe 2.0 ini ditawarkan untuk Android sahaja, dan tidak diketahui lagi bilakah kemaskini serupa akan diperkenalkan pengguna iOS.
- Muat-Turun HyppMe 2.0 untuk Android