Apple telah memperkenalkan kemaskini sistem operasi baru mereka pada bulan lepas, dimana masing-masing dinamakan sebagai OS X El Capitan untuk komputer, dan juga iOS 9 untuk telefon pintar serta tablet. Ketika diumumkan bulan lepas, Apple hanya menawarkan ia kepada para pembangun, dan hari ini mereka menawarkan ia dalam bentuk beta terbuka kepada para pengguna umum.
OS X El Capitan membawakan beberapa pembaharuan berbanding sebelum ini, termasuk kemaskini kepada carian Spotlight, serta sokongan paparan aplikasi yang dibahagikan kepada dua dalam bentuk skrin penuh. Apple turut mengemaskini sokongan Mission Control pada OS X El Capitan ini.
Untuk iOS 9 pula, Apple menyertakan beberapa fungsi baru, terutamanya menambah-baik fungsi Siri, dan turut menyertakan sokongan multi-tasking pada iPad.
Bagi anda yang berminat, anda boleh memuat-turun OS X El Capitan Beta untuk digunakan pada Mac, ataupun iOS 9 beta pada iPad atau iPhone. Seperti biasa, ia hanya dalam bentuk beta buat masa ini, dan berkemungkinan ia masih tidak stabil sepenuhnya – dan Apple tidak menasihatkan pengguna memasang ia pada peranti utama pengguna.
- Muat-Turun Sistem Operasi Apple Beta