Facebook Tiada Perancangan Untuk Perkhidmatan Penstriman Muzik Buat Masa Ini

Facebook Tiada Perancangan Untuk Perkhidmatan Penstriman Muzik Buat Masa Ini

Diterbitkan pada July 10, 2015 oleh .

Facebook sebelum ini telah dilaporkan sedang berbincang dengan beberapa syarikat label muzik, sekaligus membawa kepada desas-desus mengatakan gergasi laman sosial berkenaan mungkin akan menyerai arena tersebut. Lanjutan daripada desas-desus berkenaan, kini pihak Facebook telah pun mengeluarkan komen rasmi mereka.

Pihak Facebook dipetik mengatakan tiada perancangan untuk hadir dengan perkhidmatan penstriman muzik buat masa ini. Ini sekaligus membawa kepada kemungkinan kedua, dimana mungkin laman sosial berkenaan sedang berbincang dengan syarikat label muzik untuk Facebook Video – salah satu fungsi yang semakin popular pada laman sosial berkenaan.

Tetapi, pada masa yang sama, baru-baru ini beberapa penerbit video di YouTube melahirkan rasa kecewa, memandangkan video mereka diambil dan dimuat-naik ke Facebook tanpa kebenaran mereka. Kebanyakkan video di YouTube sendiri boleh dikatakan telah diterbitkan di YouTube terlebih dahulu.

Facebook sendiri telah mulakan usaha untuk menarik pengguna hadir dengan video tersendiri untuk platform Facebook. Beberapa desas-desus sebelum ini mengatakan mereka mungkin kelak menawarkan sebahagian pendapatan kepada penerbit video di Facebook, salah satu perkara yang telah dilakukan Google pada YouTube.

Apa pun, kembali kepada topik asal, sama-sama kita nantikan apakah yang bakal dibawakan oleh gergasi laman sosial dari Amerika Syarikat ini hasil perbincangan mereka dengan syarikat label muzik utama di dunia.


TIPS & ULASAN