Microsoft Melancarkan Office Untuk Mac 2016 Bagi Pelanggan Office 365

Microsoft Melancarkan Office Untuk Mac 2016 Bagi Pelanggan Office 365

Diterbitkan pada July 10, 2015 oleh .

Beberapa bulan yang lepas, Microsoft telah menawarkan versi Preview untuk Office 2016 Mac. Hari ini, mereka secara rasminya melancarkan versi akhir produk berkenaan, sekaligus membolehkan para pengguna Mac OS X mendapatkan dan menggunakan perisian Office generasi baru ini.

Office 2016 Mac

Dengan Office 2016 untuk Mac, pengguna akan menerima lima aplikasi moden untuk pejabat, iaitu Word, Excel, PowerPoint, Outlook dan juga OneNote. Kesemuanya hadir dengan rekaan antaramuka yang dikemaskini dan selari dengan rekaan Office untuk peranti lain, pada masa yang sama menawarkan ciri-ciri baru seperti kolaborasi dengan rakan-rakan lain untuk sesuatu dokumen.

Untuk menggunakan Office 2016 untuk Mac ini, pengguna perlu mempunyai langganan Office 365, dimana di Malaysia ia ditawarkan pada harga RM299.99 setahun untuk digunakan pada 5 komputer, 5 tablet dan juga telefon pintar. Pengguna boleh membeli langganan ini daripada kedai Microsoft, ataupun melalui kedai dalam-talian mereka.


TIPS & ULASAN