OnePlus 2 Bersaiz Lebih Kecil Berbanding OnePlus One – Menyertakan Bateri Berkapasiti 3300mAh

OnePlus 2 Bersaiz Lebih Kecil Berbanding OnePlus One – Menyertakan Bateri Berkapasiti 3300mAh

Diterbitkan pada July 10, 2015 oleh .

Pasukan OnePlus hari ini telah mengadakan acara soal-jawab bersama peminat di Reddit, dan ketika itu mereka telah berkongsi beberapa perkara mengenai perancangan syarikat dan juga telefon pintar baru mereka. Salah satu perkara yang dikongsikan oleh OnePlus adalah berkaitan dengan kapasiti bateri yang akan digunakan.

Menurut pihak OnePlus, telefon pintar OnePlus 2 akan bersaiz lebih kecil berbanding OnePlus One, tetapi menyertakan kapasiti bateri yang lebih besar. OnePlus 2 akan hadir dengan bateri berkapasiti 3300mAh, dimana lebih 10% berbanding versi sebelumnya.

Untuk tujuan pengecasan, mereka akan menggunakan port berasaskan USB Type-C, dimana ia akan menawarkan kebolehan pengecasan dengan lebih pantas, selain memudahkan pengguna menghubungkan kabel ke port pengecasan.

OnePlus 2 bakal diperkenalkan pada penghujung bulan ini, dan memandangkan OnePlus One telah pun dilancarkan di Malaysia, maka tidak mustahil untuk kita melihat ia turut hadir ke pasaran tempatan seawal mungkin.


TIPS & ULASAN