Cari @ Amanz

Telegram Messenger
Telegram merupakan salah satu perkhidmatan permesejan yang ditawarkan untuk peranti mudah-alih, selain aplikasi desktop dan web turut disediakan. Ia mempunyai angka pengguna yang agak tinggi, termasuk di Malaysia.

Hari ini, perkhidmatan tersebut dilihat menghadapi serangan DDoS daripada pihak yang masih tidak dikemaskini. Serangan tersebut telah dimulakan sekitar beberapa jam yang lepas, dimana pada awalnya hanya membuatkan perkhidmatan tergendala untuk pengguna di Asia Tenggara dan India. Namun, kini ia turut memberikan kesan secara menyeluruh untuk pengguna seluruh dunia.

Disebabkan serangan DDoS ini, pengguna dilihat tidak boleh mengakses perkhidmatan tersebut, sekaligus membuatkan pengguna terpaksa menggunakan perkhidmatan alternatif untuk berhubung dan berkomunikasi dengan rakan-rakan.

Buat masa ini, tiada latar masa disediakan untuk bilakah perkara ini akan dapat diatasi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd