Samsung Dikatakan Mungkin Memperkenalkan Galaxy Note 5 Seawal Pertengahan Ogos 2015

Samsung Dikatakan Mungkin Memperkenalkan Galaxy Note 5 Seawal Pertengahan Ogos 2015

Diterbitkan pada July 10, 2015 oleh .

Samsung sebelum ini sering memperkenalkan telefon pintar dibawah keluarga Galaxy Note pada bulan September. Kini, menurut WSJ, Samsung mungkin mengubah tradisi berkenaan, dan mungkin melancarkan ia beberapa minggu lebih awal – iaitu sekitar pertengahan Ogos ini.

Samsung Galaxy Note 4

Samsung Galaxy Note sering menjadi salah satu telefon pintar yang dinantikan ramai – jikalau dibandingkan dengan Galaxy S6, dimana pengguna meminati saiz skrinnya yang lebih besar, selain ada beberapa pengguna yang meminati stylus yang dinamakan S-Pen pada peranti berkenaan.

Mengikut desas-desus sebelum ini, Samsung dikatakan akan menyertakan cip Exynos terkini pada peranti berkenaan, dan mungkin hadir dengan rekaan berasaskan kaca pada bahagian belakang, lebih kurang seperti Galaxy S6.

Pengenalan beberapa minggu lebih awal ini akan memberikan ruangan yang lebih banyak kepada Samsung untuk bersaing dengan Apple – yang mana turut telah mengikut jejak Samsung dengan menawarkan phablet iPhone 6 Plus sejak daripada tahun lepas. Tahun ini, mereka dijangka akan memperkenalkan produk baru sekitar September atau Oktober kelak.


TIPS & ULASAN