Samsung Dilaporkan Sedang Membangunkan Paparan 11K Untuk Peranti Mudah-Alih

Samsung Dilaporkan Sedang Membangunkan Paparan 11K Untuk Peranti Mudah-Alih

Diterbitkan pada July 11, 2015 oleh .

Bagi kebanyakkan pengguna, paparan 4K, malah paparan 2K masih lagi sesuatu yang baru dan belum digunakan secara meluas lagi. Namun, teknologi tidak menghentikan perkara ini dan kini Samsung dilaporkan sedang membangunkan dan ingin hadir dengan paparan 11K untuk peranti mudah-alih menjelang tahun 2018 kelak.

Samsung dilaporkan melakukan kajian dan eksperimen berkaitan perkara ini dengan bekerjasama bersama lebih kurang 13 syarikat lain, malah kerajaan Korea Selatan sendiri membuat pelaburan untuknya.

Dengan panel 11K ini kelak, pengguna akan ditawarkan dengan paparan lebih empat kali ganda berbanding QuadHD di pasaran hari ini, malah Samsung mengatakan penggunaan pixel yang tinggi ini mungkin akan memberikan kesan paparan seumpama 3D kepada pengguna tanpa perlu menggunakan sebarang kaca mata tambahan.


TIPS & ULASAN