Apple selain daripada telefon pintar dan juga tablet, mereka juga mempunyai peranti memfokuskan pemain media, iaitu iPod. Menurut beberapa desas-desus yang hadir kini, ia dikatakan Apple mungkin mengumumkan kemaskini iPod Touch seawal minggu hadapan.
Menurut laporan yang hadir ke arena web hari ini, Apple dikatakan akan menyertakan cip pemprosesan 64-bit bersama-sama kemaskini ini, sekaligus membawakan tenaga pemprosesan yang lebih baik untuk menikmati media.
Selain daripada iPod Touch, pihak Apple juga dijangka memperkenalkan kemaskini kepada keluarga iPod Nano dan juga iPod Shuffle.
Apple sebelum ini telah melancarkan Apple Music kepada umum, dan mungkin ia merupakan suatu perkara yang dijangka untuk mereka turut mengemaskini pemain media mereka untuk selari dengannya.