Xiaomi Menjadualkan Pengumuman Produk Baru Pada 16 Julai

Xiaomi Menjadualkan Pengumuman Produk Baru Pada 16 Julai

Diterbitkan pada July 12, 2015 oleh .

Xiaomi PKXiaomi pada tahun ini telah hadir dengan beberapa peranti baru, yang mana seperti biasa ia menarik minat ramai pengguna dan peminatnya untuk mendapatkan ia. Terkini, Xiaomi dilihat turut ingin memperkenalkan satu lagi peranti baru pada 16 Julai kelak.

Melalui gambar teaser yang dikongsikan di Weibo, Xiaomi memperlihatkan rekaan bahagian tepi sebuah produk mereka, dan memperlihatkan huruf PK. Beberapa spekulasi mengatakan ia berkemungkinan adalah salah satu televisyen pintar terbaru daripada mereka.

Seperti biasa, kita mungkin akan dapat melihat ia hanya diumumkan untuk pasaran China sahaja untuk permulaan. Bagi anda, apakah yang anda jangka Xiaomi akan umumkan?


TIPS & ULASAN