Google Maps Kini Memudahkan Anda Menghantar Arah Perjalanan Dari Web Ke Peranti Android

Google Maps Kini Memudahkan Anda Menghantar Arah Perjalanan Dari Web Ke Peranti Android

Diterbitkan pada July 12, 2015 oleh .

Pencarian sesuatu lokasi boleh dikatakan agak mudah dilakukan ketika anda menggunakan PC, dan melalui Google Maps untuk Android, anda boleh mencari kembali sejarah pencarian serta mengaksesnya melalui peranti mudah-alih dengan mudah. Kini, Google memudahkan lagi proses berkenaan dengan memperkenalkan fungsi “Send To Device” pada Google Maps.

Kini, apabila anda melakukan carian di web Google Maps pada desktop, anda akan diperlihatkan dengan pautan untuk menghantar lokasi ke sesuatu peranti milik anda dengan mudah. Sebaik sahaja anda diperlihatkan dengan cards info untuk sesuatu lokasi, ia akan memaparkan sebuah pautan kecil yang dilabelkan sebagai “Send To Device” pada bahagian bawahnya. Pengguna kemudian boleh klik padanya, dan memilih untuk menghantar ia kepada peranti pilihan.

Google Maps Send To Device

Pautan berkenaan akan dihantar terus ke peranti mudah-alih, dan sebuah notifikasi akan dipaparkan. Pengguna akan dipaparkan dengan arah perjalanan sebaik sahaja mereka tap pada notifikasi berkenaan.

Untuk menggunakan fungsi ini, pengguna terlebih dahulu perlulah pastikan yang mana peranti mereka mempunyai Google Maps untuk Android versi paling terkini.

Muat-Turun Google Maps untuk Android


TIPS & ULASAN