Facebook Memudahkan Anda Untuk Melihat Kemaskini Daripada Pages Yang Diminati Terlebih Dahulu

Facebook Memudahkan Anda Untuk Melihat Kemaskini Daripada Pages Yang Diminati Terlebih Dahulu

Diterbitkan pada July 12, 2015 oleh .

Facebook pada minggu lepas telah mula menawarkan keamskini untuk aplikasi iPhone dalam membolehkan pengguna mengawal apa yang mereka lihat pada News Feed. Kini, sebuah fungsi baru turut ditambah pada versi web, dinamakan sebagai “See First”.

Facebook SeeFirst

Melalui fungsi ini, apabila pengguna memilih tetapan “See First” untuk sesuatu Facebook Pages, pengguna seterusnya akan dapat melihat kemaskini daripada Facebook Pages berkenaan pada News Feed. Ini sekaligus mengelakkan anda daripada terlepas sebarang kemaskini daripada laman-laman berkenaan.

Untuk mengakses fungsi ini, pengguna hanya perlu ke sebarang Facebook Pages yang diminati anda, dan seterusnya klik pada butang “Like” dan memilih See First.


TIPS & ULASAN