Microsoft pada bulan Jun lepas telah memperkenalkan Nokia 105, salah satu telefon bimbit dengan fungsi asas telefon, SMS dan beberapa yang lain. Ini membolehkan pengguna menggunakan telefon pintar ini untuk jangka masa yang lama, termasuk masa bertahan peranti sehingga 25 hari.
Nokia 105 ini dijana menggunakan platform operasi Series 30+, skrin bersaiz 1.45-inci berwarna, serta membolehkan pengguna menggunakan dwi-SIM padanya. Sekiranya ia digunakan untuk memainkan radio FM sahaja, bateri pada telefon ini mampu bertahan sehingga 31 jam, sementara untuk panggilan sahaja ia mampu bertahan sehingga 15 jam. Nokia 105 ini turut menyertakan sokongan LED Torchlight bersama dengannya.
Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan telefon bimbit ini sebagai telefon kedua anda pada harga RM89.
https://www.youtube.com/watch?v=f77dxCJxDoQ