Carian
Lumia 640XL Dengan Sokongan LTE Hadir Ke Malaysia, Berharga RM999
July 13, 2015 Aman

Microsoft telah memperkenalkan Lumia 640XL pada bulan April yang lepas di Malaysia, namun ketika pengenalan hanya versi 3G sahaja yang ditawarkan untuk pasaran tempatan. Kini, Microsoft turut menambah penawaran mereka dengan memasarkan variasi LTE untuk pasaran Malaysia.

LUMIA20150414_120609

Lumia 640XL LTE hadir dengan skrin bersaiz 5.7-inci (720p), menggunakan cip Snapdragon 400 1.2Ghz, memori 1GB RAM, serta ruangan storan 8GB yang boleh diperluaskan menggunakan mikro-SD. Untuk rakaman gambar, ia menyertakan kamera belakang 13-megapixel serta kamera hadapan 5-megapixel. Peranti ini menyertakan bateri berkapasiti 3000mAh.

Lumia 640XL LTE dijana menggunakan Windows Phone 8.1 GDR2 tetapi Microsoft mengatakan ia boleh dikemaskini kepada Windows 10 apabila ia dilancarkan kelak.

Di Malaysia, Lumia 640XL LTE dijual pada harga RM999 – perbezaan sekitar RM70 berbanding Lumia 640XL 3G yang dijual pada harga RM929.

Komen