Digi Menambah 10 Perkhidmatan Penstriman Muzik Untuk Diakses Tanpa Caj Penggunaan Internet

Digi Menambah 10 Perkhidmatan Penstriman Muzik Untuk Diakses Tanpa Caj Penggunaan Internet

Diterbitkan pada July 13, 2015 oleh .

Akhir-akhir ini, terdapat beberapa perkhidmatan penstriman muzik baru hadir ke Malaysia, dan kini Digi dilihat bekerjasama dengan mereka untuk menawarkan perkhidmatan penstriman tersebut tanpa sebarang caj penggunaan data untuk para pelanggan mereka.

Seperti semua sedia maklum, untuk mengakses perkhidmatan penstriman muzik, anda akan menggunakan akses internet, dan melalui apa yang ditawarkan Digi ini, pengguna boleh bebas mendengar lagu kegemaran mereka tanpa risau akan penggunaan data pada kuota bulanan pelanggan.

Digi Music Freedom

Untuk perkara ini, Digi bekerjasama dengan lebih kurang 10 perkhidmatan penstriman, termasuk TIDAL dan Joox yang telah dilancarkan baru-baru ini. Selain daripadanya adalah Astro Raku, Guvera, dan beberapa radio tempatan. Penawaran ini turut melengkapkan penawaran sedia ada Digi yang meliputi Spotify, Deezer dan juga Rdio.

Untuk menikmati penawaran ini, pelanggan Digi perlu memuat-turun aplikasi khusus daripada Digi, dan melanggan perkhidmatan muzik melaluinya untuk mengelakkan caj penggunaan internet. Digi mengatakan pas percuma disediakan untuk 120 hari, dan pengguna akan dikenakan caj langganan bulanan yang murah untuk pas berkenaan selepas itu.

Layari : Digi Music Freedom


TIPS & ULASAN