Permainan komputer FIFA 16 akan menemui peminat 22 September akan datang. Hari ini EA Sports mengumumkan spesifikasi minimum dan yang disarankan untuk pengguna PC. Windows 7 tidak lagi disokong dan anda perlu menggunakan sistem operasi 64 Bit untuk menjalankan permainan ini dengan lancar.
Antara fungsi baru yang akan diperkenalkan pada FIFA 16 ialah kemampuan bermain 12 pasukan bolasepak wanita dan juga sistem kawalan No Touch Dribbling yang merakam pergerakan Lionel Messi. Adakah PC akan mampu memainkan permainan ini kelak. Diharap pelancaran FIFA 16 tidak akan mengalami masalah seperti yang berlaku kepada Batman Arkham Knight tempohari.
Spesifikasi Minimum | ||
---|---|---|
Pemproses | Intel Core i3-2100 @ 3.1GHz | |
RAM | 4 GB | |
Kad Grafik | ATI Radeon HD 5770, NVIDIA GTX 650 | |
Ruang Pemasangan | 15 GB | |
Sistem Operasi | Windows 8, 8.1,10 64 Bit |
Spesifikasi Disarankan | ||
---|---|---|
Pemproses | Intel i5-2550K @ 3.4Ghz | |
RAM | 8 GB | |
Kad Grafik | ATI Radeon HD 6870, NVIDIA GTX 460 | |
Ruang Pemasangan | 15 GB | |
Sistem Operasi | Windows 8, 8.1,10 64 Bit |