Cari @ Amanz

Pada tahun ini, telefon pintar dengan memori 4GB RAM telah menjadi salah satu fokus utama, dimana antara peranti yang dipasarkan hari ini adalah Asus Zenfone 2, selain OnePlus 2 yang bakal dilancarkan. Kini, ia turut dilaporkan Samsung akan menggunakan memori 4GB RAM pada Galaxy Note 5 kelak.

Samsung Galaxy Note 4 PICS 004

Galaxy Note 5 dikatakan akan menggunakan memori 4GB LPDDR4 RAM, sekaligus memudahkan lagi pengguna membuat multi-tasking pada telefon pintar mereka, selain menjalankan pelbagai aplikasi pada masa yang sama. Untuk pemprosesan, Samsung dijangka menggunakan Exynos 7422 pada telefon pintar ini yang berasaskan kepada 64-bit.

Galaxy Note 5 merupakan salah satu telefon pintar Android yang menjadi fokus ramai pengguna, memandangkan beberapa ciri-ciri yang sering ditawarkan oleh Samsung, termasuk salah satunya adalah sokongan S-Pen. Dengan kualiti rakaman gambar yang baik pada Note 4 dan Galaxy S6, kita mungkin dapat melihat ia dikekalkan pada Galaxy Note 5 kelak.

Samsung sebelum ini dikatakan akan memperkenalkan Galaxy Note 5 pada IFA 2015 sekitar September, tetapi pada minggu lepas ia turut dikatakan Samsung mungkin menjadikan pengenalannya lebih awal, iaitu sekitar pertengahan Ogos 2015 inik.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd