Vertu Akhirnya Akan Menghasilkan Peranti Pintar Berkuasa Tinggi Setara Dengan Harganya

Vertu Akhirnya Akan Menghasilkan Peranti Pintar Berkuasa Tinggi Setara Dengan Harganya

Diterbitkan pada July 14, 2015 oleh .

Vertu ialah jenama peranti mudah alih yang sinonim dengan golongan berada. Peranti buatan mereka diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi dan eksotik. Dengan harga jualan berpuluh kali ganda lebih mahal dari peranti lain, adalah agak aneh mereka hanya mengeluarkan peranti berspesifikasi rendah sebelum ini. Ketika orang ramai sudah menggunakan peranti pintar mereka masih berdegil menggunakan sistem operasi Symbian. Hanya kebelakangan ini mereka berjinak-jinak dengan Android.

Vertu-Aster-2

Spesifikasi untuk Vertu V06, peranti terkini mereka tertiris dan akhirnya mereka menghasilkan peranti yang berkuasa. Ia bakal menggunakan pemproses Snapdragon 810 dan dilengkapi RAM sebesar 4 Gigabyte. Sistem operasi yang digunakan pula ialah Android 5.1.1. Spesifikasi lain peranti masih belum diketahui tetapi mungkin akan menggunakan kamera Hassleblad seperti yang digunakan pada Vertu Aster tahun lalu. Dengan V06 akhirnya Vertu mempunyai peranti berkualiti premium pada harga premium dengan spesifikasi premium.


TIPS & ULASAN