iFlix Memulakan Ujian Penstriman Video Dalam Bentuk HD

iFlix Memulakan Ujian Penstriman Video Dalam Bentuk HD

Diterbitkan pada July 14, 2015 oleh .

iFlix merupakan salah satu perkhidmatan penstriman video yang menawarkan sejumlah drama televisyen antarabangsa, selain filem-filem terpilih melaluinya. Ia telah dilancarkan sebelum ini pada harga langganan serendah RM8 sebulan. Baru-baru ini, iFlix telah menambah sokongan Chromecast pada perkhidmatan mereka, dan terkini mereka turut menambah sokongan penstriman HD.

iFlix HD

Buat masa ini, ia masih lagi pada fasa ujian, dan pengguna boleh mengujinya dengan memainkan filem seperti Kung Fu Panda atau Green Lantern pada iFlix.

Pihak iFlix masih tidak memberikan sebarang petanda berkenaan bilakah sokongan tersebut akan diperkenalkan secara meluas – tetapi ia sesuatu yang menarik untuk melihat perkembangan perkhidmatan penstriman video ini setapak demi setapak.


TIPS & ULASAN