Mozilla Menghalang Sokongan Adobe Flash Pada Firefox Kerana Masalah Sekuriti Flash

Mozilla Menghalang Sokongan Adobe Flash Pada Firefox Kerana Masalah Sekuriti Flash

Diterbitkan pada July 14, 2015 oleh .

Baru-baru ini, sebuah kerentanan sekuriti telah ditemui pada Adobe Flash, dimana melaluinya ia membolehkan beberapa malware dijalankan pada komputer pengguna, sekaligus menjadikan komputer pengguna terdedah kepada masalah sekuriti. Disebabkan oleh perkara ini, kini Mozilla mengambil langkah untuk menghalang sokongan Flash pada Firefox, sekaligus mengelakkan pengguna mereka terdedah kepada masalah sekuriti ini.

Mozilla mengatakan masalah sekuriti ini meberikan kesan kepada semua sistem operasi, sekaligus ia dinyah-aktifkan, dan pengguna akan dipaparkan dengan notifikasi sebelum sokongan Flash diaktifkan pada pelayar web mereka.

Ini membuatkan apabila pengguna dipaparkan dengan kandungan Flash, mereka akan diminta klik terlebih dahulu untuk tidak menghalang paparannya, selain turut memaparkan mesej bahaya kepada pengguna.

Mozilla menjayakan perkara ini melalui senarai blocklist mereka yang dikemaskini secara automatik. Mungkin jika Adobe telah mengatasi masalah ini, Mozilla akan mengemaskininya dan tidak lagi mengelak paparan Flash pada pelayar web mereka.


TIPS & ULASAN