Samsung Memfailkan Paten Pengimbas Peratusan Lemak Badan Untuk Peranti Pintar

Samsung Memfailkan Paten Pengimbas Peratusan Lemak Badan Untuk Peranti Pintar

Diterbitkan pada July 15, 2015 oleh .

Tahap peratusan lemak di dalam tubuh seseorang individu boleh menujukan tahap kecerdasan mereka. Bagi individu normal jumlah lemak adalah sekitar 25–31% bagi wanita dan 18–24% bagi seorang lelaki. Di kalangan atlit jumlah lemak badan adalah lebih rendah iaitu 14–20% bagi wanita dan 6–13% bagi lelaki. Lebih rendah jumlah lemak berbanding berat tubuh, semakin sihatlah anda dari pandangan sains (kecuali anda seorang penghidap anoreksia). Pengesan nadi kini sudah semakin banyak digunakan pada peranti pintar dan peranti boleh-pakai. Ini membantu penggiat sukan untuk merekodkan rejimen kesihatan mereka. Tetapi Samsung nampaknya mahu maju setapak lagi dengan meletakkan pengimbas lemak badan pada peranti di masa hadapan.

Samsung-Body-Fat-2

Sebuah paten difailkan oleh mereka dengan pengimbas peratusan lemak badan pada cangkerang peranti pintar. Pengesan ini akan melihat kadar aliran elektrik pada kulit apabila disentuh. Dari aliran ini peratusan lemak di dalam tubuh dapat dikira dan anda boleh mengetahui adakah anda normal, obes ataupun menghampiri tahap seorang atlit. Jelas sekali penggunaan pengimbas peratusan lemak badan ini disasarkan kepada golongan fanatik kesihatan. Saya secara peribadi mengetahui saya tidak sihat, mempunyai peratusan lemak yang tinggi dengan hanya melihat perut yang besar. Pengimbas terbina pada peranti tidak diperlukan di dalam kes seperti saya!

Samsung-Body-Fat-1


TIPS & ULASAN