Cari @ Amanz

Pelancaran rasmi OnePlus Two semakin hampir dan hari ini Vlogger terkenal Marques Brownlee atau lebih dikenali sebagai MKBHD mengesahkan peranti ini mempunyai kamera sebesar 13 Megapixel dengan lensa f/2.0 tanpa sokongan OIS. Beliau menerima sebuah OnePlus 2 untuk diulas dengan lebih awal. Beliau turut menyertakan beberapa contoh gambar yang diambil menggunakan kamera peranti ini. Saiz sensor kamera yang agak kecil dan lensa sekadar f/2.0 ini mungkin sedikit mengecewakan kerana peranti utama lain di pasaran seperti Samsung Galaxy S6 mempunyai LG G4 mempunyai kamera yang lebih baik.

OnePlus 2

Jadi setakat ini kita sudah mengetahui OnePlus 2 akan menggunakan pemproses Snapdragon 810 (generasi kedua), RAM 4 Gigabyte, bateri sebesar 3300 mAh, pengecas USB-C dan mempunyai pengimbas cap jari. Apakah pendapat anda tentang maklumat terkini mengenai kamera One Plus 2? Masih akan memilikinya ataupun ini sedikit sebanyak mengurangkan keterujaan anda?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd