Cari @ Amanz

Batmobile Dari Filem Batman 1989 Boleh Anda Pandu Di Dalam DLC Terkini Arkham Knight

Link Copied!

Siapakah Batman yang paling anda gemari? Ben Affleck, Christian Bale, George Clooney, Val Kilmer, Michael Keaton ataupun Adam West? Saya secara peribadi merasakan Kevin Conroy dari siri animasi Batman Animated Series ialah Batman yang terbaik setakat ini. Geoge Clooney pula ialah Batman yang paling sampah sekali kerana sentiasa tersenyum kerang tanpa mengira situasi. Siri filem Batman adalah antara yang paling laku di dunia. Ramai yang merasakan trilogi Christopher No adalah yang terbaik tetapi kerana kami peminat klasik, Batman Tim Burton 1989 adalah pilihan kami.

1989-Batmobile-with-Batman-Skin-720x405

Warner Brothers baru sahaja mengumumkan DLC terkini untuk Batman Arkham Knight. Batman dan Batmobile versi filem 1989 boleh dikawal dengan pembelian DLC ini. Turut disertakan ialah enam versi berbeza Batman, Catwoman, Nightwing dan Robin. Turut diumumkan ialah kemunculan beberapa lagi misi tambahan yang akan memaparkan beberapa musuh ketat Batman untuk pembeli Season Pass. Anda harus menunggu sehingga Ogos untuk memuat turun DLC kedua selepas Batgirl : A Matter of Family yang boleh dimuat turun hari ini oleh pembeli Season Pass. Diharap Batman Thumbler turut akan dihasilkan untuk DLC akan datang kerana ianya adalah inspirasi kepada Batmobile di dalam Arkham Knight.

Bat-Family-Skin-Pack-720x405


Komen ()