Carian
MWC Shanghai 2015: UO SmartBeam 2 & Smart Speaker
July 15, 2015 Ikhwan Nazri

Bermula beberapa tahun lepas projektor bersaiz kecil telah mula diperkenalkan di pasaran. Malah jika anda masih ingat pada tahun 2012 kami pernah melakukan pandang pertama untuk Samsung Galaxy Beam, telefon dengan projektor terbina dalam. Selain dari peranti AirCube yang dipamerkan SK Telecom, mereka turut mempamerkan peranti dalam siri United Objects mereka, iaitu UO Smart Beam 2 dan Smart Speaker yang sebesar genggaman tangan.

UO Smart Beam 2 merupakan projektor yang kecil dan hadir dengan bentuk kubah. Dari segi pancarannya, ia berkebolehan untuk memancarkan video, gambar, permainan sehingga menyamai skrin bersaiz 100 inci. Ia sangat ringan, sekitar 120g dan mempunyai bateri berkapasiti 2200 mAh. Bagi menggunakan projektor ini, terdapat sambungan MHL & HDMI. Apa yang menjadi kekurangan peranti ini adalah resolusinya sekitar 854 x 480 WVGA.

Projektor ini tidak hadir dengan pembesar suara, sebaliknya memerlukan pengguna untuk menggunakan Smart Speaker, iaitu pembesar pada saiz yang sama dengan SmartBeam 2 sebesar genggaman tangan. Pembesar suara ini boleh berhubung secara Bluetooth dan boleh dipadankan menggunakan NFC.

Seperti peranti AirCube, peranti dari SK Telecom ini tidak diketahui adakah ianya akan dipasarkan diluar negara Korea Selatan tapi ciptaan berintegrasi sebegini semestinya memudahkan pengguna mereka dalam menjalani kehidupan seharian.

MWCS15- SmartBeam2 -IMG_1221

Komen