Apple II Watch – Khas Buat Peminat Apple Paling Tegar

Apple II Watch – Khas Buat Peminat Apple Paling Tegar

Diterbitkan pada July 15, 2015 oleh .

Seperti yang kami laporkan minggu lalu jualan Apple Watch merudum sehingga 90%selepas pelancarannya April yang lalu. Jualan menurun kerana seperti jam tangan pintar yang lain, ianya masih merupakan generasi pertama dengan pelbagai kekurangan dan fungsi yang terhad. Beberapa ura-ura Apple Watch 2 sudah mula kelihatan dengan penambahbaikan hayat bateri menjadi agenda utama Apple.

Apple-II-Watch

Sekiranya anda tidak mahu menunggu kemunculan Apple Watch 2, anda boleh membina sendiri Apple II Watch. Ianya dihasilkan sendiri oleh¬† DJ Harrigan yang mahukan sebuah jam tangan yang menggunakan rekaan klasik komputer Apple II. Apple II mula dijual pada tahun 1977 dan mempunyai pemproses 1.032 MHz dan RAM sebesar 4 Kilobyte. Jam tangan Apple II Watch pula mempunyai pemproses ARM 72 MHz dan RAM sebesar 64 Kilobyte. Ia mempunyai skrin sebesar 1.8″ dan jam dikawal dengan tombol pada sisi jam. Ini bukanlah produk yang dijual tetapi anda boleh membuatnya sendiri jika anda mempunyai pencetak 3D dan pengetahuan asas elektronik.

Anda boleh memuat turun skematik elektronik dan fail cetakan 3D Apple II Watch melalui laman Instructibles. Jam tangan ini nampak retro tetapi masih lagi agak bergaya.


TIPS & ULASAN