Carian
MWC Shanghai 2015: Peranti Berhubung Untuk Haiwan Peliharaan – WIMPET
July 15, 2015 Ikhwan Nazri

Selain dari jenama dan syarikat terkemuka yang mempamerkan peranti dan ciptaan mereka di Mobile World Congress, startup-startup serantau juga turut mempamerkan ciptaan mereka. Ulalalab, salah satu startup dari Korea Selatan telah berkongsi dengan kami prototaip mereka iaitu WIMPET, akronim untuk Where Is My Pet.

MWCS15- WIMPET -IMG_1253Seperti namanya, WIMPET merupakan salah satu peranti berhubung (IoT) yang dicipta khusus untuk haiwan peliharaan. Peranti ini berupaya mengesan lokasi, menyukat aktiviti kecergasan dan juga dikatakan membantu dalam komunikasi antara haiwan dan manusia. Melalui peranti ini, pemilik haiwan peliharaan juga boleh mengetahui sekiranya haiwan mereka kurang cergas dan memerlukan aktiviti bersama tuannya.

Seperti contoh sekiranya tiada aktiviti aktif direkodkan dalam beberapa tempoh masa, peranti ini akan memberikan notifikasi kepada pemilik, mencadangkan pemilik untuk membawa haiwan peliharaan mereka berjalan-jalan. Dan sekiranya haiwan peliharaan tersebut telahpun berlari untuk suatu kadar masa, peranti tersebut akan memberikan notis untuk pemilik tersebut memberikan makanan atau minuman bagi menggantikan kalori yang telah hilang.

MWCS15- WIMPET -IMG_1256

Peranti ini juga telah melalui pelbagai tahap pengujian dan terkini ia mempunyai waktu bertahan sehingga 10 hari. Buat masa ini peranti ini masih di peringkat prototaip, dan dijangka akan hadir ke pasaran pada bulan Ogos ini. Contoh yang mereka berikan adalah anjing, dan membela anjing boleh dikatakan agak mudah berbanding kucing. Tidak pasti apakah yang akan berlaku jika peranti sebegini dipasangkan kepada kucing kerana kita tahu, kucing sentiasa malas dan tidak akan mendengar cakap tuannya. Apapun peranti sebegini sesuai untuk semua haiwan peliharaan kerana talinya yang boleh diubah.

Komen