Peranti Nexus Daripada Huawei Dikatakan Akan Hadir Dengan Skrin 5.7-inci QHD Dan Snapdragon 820

Peranti Nexus Daripada Huawei Dikatakan Akan Hadir Dengan Skrin 5.7-inci QHD Dan Snapdragon 820

Diterbitkan pada July 15, 2015 oleh .

Desas-desus berkenaan dengan telefon Nexus daripada Huawei bukan sesuatu yang baru. Terkini, lanjutan daripada pelbagai desas-desus, @evleaks yang sedia terkenal dalam meniriskan info sebelum sesuatu peranti dilancarkan turut berkongsi mengenai beberapa spesifikasi yang bakal disertakan oleh telefon pintar berkenaan kelak.

Menurut @evleaks, Huawei Nexus ini kelak akan dilengkapi skrin bersaiz 5.7-inci dengan paparan resolusi QHD, dan dijana menggunakan Snapdragon 820.

Dengan Android M yang kini menyertakan sokongan pengimbas cap jari secara terbina, Huawei turut dijangka melengkapkan fungsi tersebut pada peranti Nexus ini kelak.

Daripada spesifikasi yang diperlihatkan, ia menunjukkan Huawei Nexus ini akan membawakan spesifikasi yang tinggi, dan mungkin kita boleh melihat rekaan berasaskan kepada logam – seperti yang telah dilakukan Huawei pada Ascend Mate 7 dan juga P8 sebelum ini.

Jika segalanya seperti yang dirancang, kita mungkin akan dapat melihat Huawei Nexus ini dilancarkan sekitar suku ke-4 tahun ini.


TIPS & ULASAN