Cari @ Amanz

Aplikasi permesejan pada hari ini mempunyai ruangan pelekat tersendiri yang mana merupakan emoji bersaiz besar, sekaligus membolehkan ramai hadir dengan koleksi pelekat tersendiri. Hari ini, bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri, pihak WeChat turut menerbitkan koleksi pelekat bersempena dengannya, dan hadir dalam bahasa Malaysia.

WeChat Raya

Melalui pelekat Aidlfitri ini, ia turut hadir dengan animasi ringkas untuk setiap pelekat, sekaligus menjadikan ianya lebih mudah untuk anda menyampaikan sesuatu mesej kepada rakan-rakan anda lain di WeChat.

Untuk menggunakannya, pengguna terlebih dahulu perlu memuat-turunnya secara percuma daripada tab pelekat, dan kemudian ia akan ditambah kepada bahagian pelekat dan emoji, sekaligus anda boleh mula menggunakannya ketika berbual dengan rakan-rakan anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd