Apple Memperkenalkan iPod Touch Baru Dengan Pilihan Warna Emas Dan Cip A8 64bit, Bermula RM779

Apple Memperkenalkan iPod Touch Baru Dengan Pilihan Warna Emas Dan Cip A8 64bit, Bermula RM779

Diterbitkan pada July 16, 2015 oleh .

Apple hari ini telah melancarkan pemain media terbaru daripada mereka, iaitu iPod Touch generasi baru dengan pelbagai kemaskini spesifikasi, selain turut hadir dengan pilihan warna emas, perak, kelabu, merah jambu dan juga biru.

Apple iPod Touch

Apple iPod Touch baru ini hadir dengan cip pemprosesan 64-bit A8, sekaligus menawarkan kuasa pemprosesan yang lebih baik berbanding dengan apa yang ditawarkan melalui iPod Touch beberapa tahun lepas. Apple turut menyertakan cip M8 pada iPod Touch untuk tujuan kecergasan, selain pengguna turut boleh menikmati akses Apple Music melalui iPod Touch ini.

Untuk rakaman gambar pula, Apple menyertakan kamera belakang 8-megapixel iSight, dan kamera hadapan dengan sokongan FaceTime HD.

iPod Touch baru ini hadir dalam empat variasi storan, dimana 16GB ditawarkan pada harga RM779, 32GB pada harga RM979, 64GB pada harga RM1179 dan 128GB pada harga RM1599.

Apple iPod Touch 2015


TIPS & ULASAN