Cari @ Amanz

Jika anda ingat beberapa bulan yang lalu kami ada menulis tentang Project Orbis. Ia adalah jam tangan pintar dengan skrin berbentuk bulat yang sedang dibangunkan oleh Samsung. Beberapa paten dan manual penggunaan jam tangan seakan Moto 360 ini tertiris. Hari ini spesifikasi, nama dan juga tarikh pelancaran tertiris. Nama baru Orbis ialah Samsung Galaxy A dan ia mempunyai skrin SAMOLED 360×360 pixel, diperkasakan pemproses Exynos 3472 1.2 GHz dua teras, RAM 768 Megabyte dan muatan dalaman 4 Gigabyte. Sistem operasi Tizen terus digunakan. Pengesan nadi akan disertakan bersama dengan GPS terbina.  Kapasiti bateri pula adalahn 230 mAh.

paten-samsung-jam-pintar1

Adalah dipercayai Gear A akan dilancarkan serentak bersama Samsung Galaxy Note 5 pada acara Unpacked yang berlangsung 12 Ogos ini. Ini adalah sama seperti yang pernah mereka lakukan dengan pelancaran berkembar Samsung Galaxy Note 3 dan Galaxy Gear dua tahun lalu. Rekabentuk Galaxy A ini sangat mengujakan kami tetapi penggunaan Tizen membuatkan kami tawar hati. Jika ada versi Android Wear mungkin baru kami tergerak untuk memilikinya. Nampaknya kami harus menanti Moto 360 versi terkini untuk membeli jam tangan pintar pertama kami.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd