Probe Angkasa New Horizons Diperkasakan Pemproses PlayStation

Probe Angkasa New Horizons Diperkasakan Pemproses PlayStation

Diterbitkan pada July 16, 2015 oleh .

New-Horizons-Probe-1

Probe angkasa New Horizons baru sahaja memancarkan gambar beresolusi tinggi pertama Planet kerdil Pluto semalam dan ianya menakjubkan. Misi New Horizons bermula pada tahun 2006 dan selepas hampir 10 tahun ianya tiba ke “planet” terakhir di dalam sistem suria kita. Ia kini sedang melakukan lebih banyak imbasan terhadap permukaan “planet” yang ditemui oleh Clyde W. Tombaugh pada 18 Februari 1930. Sekiranya anda kurang mengikuti perkembangan astronomi, Pluto ditarik klasifikasinya sebagai sebuah planet pada tahun 2008. Ia kini diklasifikasikan sebagai sebuah planet kerdil ataupun plutoid.

New-Horizons-Probe-Mips-3000Misi hampir sedekad New Horizons ini akan memberikan lebih banyak maklumat mengenai Pluto dan mengembangkan pengetahuan manusia tentang sistem suria mereka. Tahukah anda New Horizons menggunakan pemproses MIPS R3000  yang digunakan oleh konsol Sony PlayStation asal? Pemproses yang digunakan pada New Horizons berfungsi pada kelajuan 12 MHz manakala pada Playstation ia berfungsi pada kelajuan 33.8 MHz.

Mengapa pemproses era 90an digunakan NASA untuk sebuah probe angkasa yang dibina pada tahun 2006? Tidak adakah pemproses yang lebih berkuasa boleh digunakan? DI NASA kuasa pemproses bukanlah segalanya. Ciri yang paling penting bagi NASA ialah ketahanan komponen untuk probe dan juga satelit. Pemproses MIP R3000 yang digunakan mungkin kurang berkuasa tetapi telah boleh diandalkan untuk misi jangka panjang.

Sangat mengejutkan pemproses berusia lebih dua dekad dengan kelajuan 12 MHz mengawal probe angkasa ke Pluto. Sebuah pemproses berkelajuan 2 Hz pula digunakan oleh modul Apollo untuk mendarat di bulan pada tahun 1969. Pemproses peranti pintar anda yang berjuta kali lebih pantas pula hanya digunakan untuk menyebarkan khabar angin di media sosial sehingga menggugat keamanan negara. Jadi gunakanlah kuasa di tangan anda untuk kebaikan sejagat mulai sekarang.


TIPS & ULASAN