Carian
(Konsep) Jalan Raya Diperbuat Daripada Plastik Dipasang Seperti Bongkah LEGO
July 16, 2015 Effi Saharudin

Kita kembali semula ke Belanda untuk sebuah lagi projek lestari yang mengitar semula plastik terbuang untuk dijadikan jalan raya. Projek Plastik Road ini sedang dalam proses kajian dan akan menjalani proses percubaan di bandar Rotterdam Belanda. Ianya dibangunkan oleh VolkerWessels bagi mengurangkan pembuangan sisa plastik yang sukar terbiodegradasi. Plastik terbuang sedia ada diproses semula menjadi bongkah plastik modular yang boleh disambung seperti bongkah LEGO bagi membina jalanraya.

Plastic-Road-1

Bongkah plastik ini mempunyai ruang kosong pada bahagian tengah yang boleh digunakan untuk meletakkan sistem pembetungan, kabel elektrik dan juga internet. Menurut VolkerWessels jalanraya plastik rekaan mereka adalah tiga kali ganda lebih tahan lasak berbanding jalan tar konvensional. Ini akan mengurangkan kos penyelenggaraan dan menurap yang perlu dilakukan sekarang. Jika ada bahagian jalan yang rosak ia boleh digantikan dengan mudah dan pantas dengan bongkah jalan yang baru. Mereka juga mendakwa jalanraya plastik mereka sesuai digunakan pada suhu serendah -40 darjah Celsius sehingga setinggi 80 darjah Celsius.

Konsep yang menarik. Jika di Malaysia mungkin boleh ditambah baik dengan kemampuan mengubah sampah plastik yang dibuang pengguna melalui tingkap secara automatik menjadi permukaan jalan raya.

recycled-ocean-plastic-waste-road-plasticroad-volkerwessels-netherlands-2

 

Komen